Modul Premium

AR41 Prinsip Nasionalisme Arab

Pelajaran Arabic Reader (AR41) adalah berkenaan dengan tajuk “Prinsip atau Dasar Kebangsaan Arab”. Ia adalah petikan daripada lapuran muktamar pelajar-pelajar Arab di Eropah yang diadakan di Brussel pada tahun 1938 yang merupakan tahun-tahun kebangkitan semangat kebangsaan di merata dunia. Dalam petikan ini diberikan takrif Arab, Watan, Kebangsaan Arab dan Gerakan Arab. Petikan ini bertujuan untuk kayakan perbendaharaan kata pelajar yang menyentuh tentang isu-isu kebangsaan. Semoga video ini dapat membantu meningkatkan skill pembacaan pelajar untuk meneroka penulisan arab moden.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Langganan

Modul Premium

QN49 Selepas Adam

Pelajaran َQisasun Nabiyyin Lil Atfal (QN49) jilid yang kedua memaparkan kisah apa yang berlaku selepas Adam as. Allah telah memberkati zuriat Adam as. Mereka semakin ramai dan bertebaran di atas muka bumi. Mereka mula mendiami kampung-kampung dan pekan-pekan. Mula bercucuk tanam. Mereka masih mengikuti agama bapa mereka Adam as. Mereka menyembah Allah dan tidak mensyirikannya. Mereka umpama umat yang satu. Bapa mereka satu. Tuhan mereka satu.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

MA07 – Huruf Jar 05 كاف ومذ ومنذ ورب وواو القسم وحاشا وخلا وعدا

Pelajaran “Syarah Miatu Amil” siri ke-7 minggu ini menyentuh tentang amil harf jar yang terdiri daripada (ك), (مذ), (منذ), (رب), (واو), (حاشا), (خلا), dan (عدا). Selain ia mempunyai makna khusus huruf-huruf jar ini juga mempunyai fungsi yang lain. Semoga pelajaran ini menjadi batu loncatan untuk meneroka ilmu bahasa arab yang lebih luas.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Tafaqquh

Modul Premium

BA51 Khabar Laisa – Irab Isim Mufrad, Jamak Taksir dan Jamak Muannath Salim

Pelajaran Tatabahasa Arab Basooir BA51 minggu ini menyentuh tentang tajuk “Khabar Laisa Isim Mufrad, Jamak Taksir dan Jamak Muannath Salim”. Tajuk ini berkenaan dengan irab khabar ليس. Isim ليس tetap seperti keadaan sebelum kemasukan ليس manakala yang berubah hanyalah khabar jumlah ismiyyah selepas kemasukan ليس . Bentuk mufrad, jamak taksir dan jamak muannath salim diletakkan dalam kategori yang sama kerana ia berubah dari sudut harakat atau baris. Semoga pelajaran ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami struktur tatabahasa Arab dan bagaimana mengaplikasinya dalam penulisan, pembacaan dan perbualan.


  • March 17, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Langganan

Modul Premium

  • March 2, 2015
  • Basooir
  • Lesson / Bahasa / Langganan