Pengenalan

Basooir diilhamkan oleh Maulana Zaharudin Nawi bersama-sama dengan pelajar-pelajar beliau yang mengikuti kelas pengajian bahasa Arab dan tafaqquh di  Masjid Subang Perdana dan Universiti Malaya. Kelas di Subang Perdana merupakan tapak permulaan Basooir. Di sinilah Maulana Zaharudin mengajar bahasa Arab kepada pelajar-pelajarnya menggunakan nota  yang dihasilkannya sendiri dan ditambahbaik bersama-sama para pelajarnya.

Pengajian yang hanya diadakan seminggu sekali, akhirnya sampai kepada kemuncaknya apabila kelas Subang Perdana berjaya menamatkan 50 tajuk modul tatabahasa Arab sebagaimana yang dirancangkan. Pengajian ini merupakan persediaan untuk pengajian kitab-kitab agama yang berbahasa Arab. Kelas Subang Perdana juga berjaya menamatkan pengajian kitab Qisasun Nabiyyin yang ditulis oleh Maulana  Abul Hasan Ali Al Nadwi. Pendedahan  ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk mengikuti kelas-kelas pengajian yang lebih serius seperti balaghah, fekah, tafsir, hadith dan sebagainya.

Basooir  merasakan penting untuk berkongsi pengalaman yang telah dilaluinya dengan semua orang. Pengalaman ini menunjukkan bahawa siapa sahaja mampu mempelajari bahasa Arab dan mengikuti pengajian agama yang lebih tinggi jika ada silibus yang lengkap, kemahuan yang mendalam dan yang paling penting istiqamah dan pergantungan yang kuat dengan Allah SWT.

Profil Maulana Zaharudin Nawi

Maulana Zaharudin bin Nawi merupakan bekas penuntut Darul Uloom, Deoband, India. Menghabiskan masa hampir 15 tahun menuntut ilmu di sana sejak tahun 1989 hingga 2004. Sekembali ke tanah air, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Hadith.

Kini, beliau adalah pensyarah bebas dalam pelbagai bidang ulum Islam seperti Al-Quran, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab dan lain-lain. Beliau juga terlibat mengajar kelas-kelas pengajian agama kepada masyarakat awam. Di samping itu beliau juga turut dijemput menjadi Pensyarah Kursus Sijil Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di bawah Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dari tahun 2009 sehingga kini.

Epitomologi

Epitomologi

Asal kalimah Basooir بَصَائِرُ ialah jamak kepada بَصِيرَةٌ  basiiroh. Menurut kamus, بَصِيرَةٌ basiiroh bermakna penglihatan. Penglihatan yang dimaksudkan di sini ialah penglihatan maknawi seperti mata hati dan fikiran. Dalam bahasa Inggeris  بَصِيرَةٌ  basiiroh bermakna insight, mental perception, mental vision; the perceptive faculty of the mind.

 

Tafsir

Mengikut ulama tafsir, Basooir بَصَائِرُ termasuk di kalangan nama-nama Al-Quran. Penamaan ini datang dari fungsi Al-Quran kerana antara fungsi Al-Quran ialah sebagai mata hati kepada manusia untuk melihat kebenaran di celah-celah kebatilan yang menguasai. Penglihatan yang dimaksudkan ialah cahaya atau nur iman. Antara tafsiran lain ulama tafsir tentang Basooir ialah:

 

مَعَالِمُ  iaitu petunjuk, pedoman, milestone

 

بَرَاهِينُ وَدَلاَئِلُ  iaitu bukti-bukti dan dalil-dalil

 

بَيَانٌ  iaitu keterangan

 

دَعْوَةٌ وَكَرَامَةٌ  iaitu seruan dan kemuliaan

Website Basooir

Bersesuaian dengan maknanya yang pelbagai tetapi menjuruskan kepada makna penerang maka Laman Website Basooir bercita-cita agar dapat menjadi pembimbing kepada mereka yang dahagakan ilmu yang boleh membawa mereka mengenal Allah, RasulNya, khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh tamadun Islam dan seterusnya beramal untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Halatuju Basooir

“Ke Arah Memahami Legasi Ilmu Turath Islam “

Kursus bahasa Arab dan kitab-kitab turath secara online.

 

Misi & Visi

Basooir bermatlamat menyediakan wacana intelektual Islam, kesedaran serta penyebarannya kepada orang ramai dengan menggunakan pendekatan moden melalui pemahaman mereka terhadap kitab-kitab bernilai ilmiah daripada warisan atau turath Islam .

 

Wasilah

Untuk mencapai matlamat dan objektifnya, Basooir akan menganjurkan siri-siri pembelajaran melalui Kelas Bahasa, Kelas Tafaqquh, Sumber Multimedia dan sumber Penyelidikan.

Kursus Bahasa

Basooir akan mengadakan kursus pembelajaran Bahasa Arab dan Urdu secara online. Kursus ini akan meliputi semua tajuk tatabahasa, bacaan tekstual dan latihan. Kursus bahasa Arab dan Urdu masing-masing akan mengikut beberapa tahap pengajaran seperti tahap asas, pertengahan, tinggi dan lanjutan.

Kelas Tafaqquh

Kelas Tafaqquh adalah matlamat utama Madrasah Basooir. Kelas ini akan menyediakan empat peringkat pembelajaran:

 

Peringkat Asas. Iaitu pembelajaran kitab-kitab turath asas seperti Ilmu Nahu, Ilmu Saraf, Ilmu Balaghah, Ilmu Mantik, Sastera Arab (Adabul Arabi) dan Syair Arab .

 

Peringkat Pertengahan. Iaitu merangkumi pembelajaran kitab-kitab turath asas tentang ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqh.

 

Peringkat Tinggi. Iaitu merangkumi pembelajaran kitab-kitab turath tinggi berkenaan Tafsir, Akidah, Fiqh dan kitab Hadis bukan utama.

 

Peringkat Lanjutan. Iaitu merangkumi pembelajaran kitab-kitab utama Hadith seperti kitab Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibnu Majah, Muawatta`, Syarah Ma `ani Athar dan Syamail Tirmizi.

Multimedia

Talian website Basooir dari semasa ke semasa akan menyediakan perkidmatan multimedia dalam bentuk pengajian khusus seperti audio pelbagai syarahan kitab turath oleh ulama dunia Melayu dan ulama-ulama lain yang terkemuka di dunia, dakwah seperti ucapan tokoh-tokoh Islam sedunia, dan amalan seperti bacaan Al-Quran, doa-doa, zikir-zikir dan sebagainya.

Penyelidikan

Madrasah Basooir online akan menyediakan perkhidmatan menyampaikan maklumat tentang bahan-bahan penyelidikan seperti kertas projek, kertas kerja seminar, tugasan, tesis dan apa jua bahan ilmiah, terutama yang menyentuh tentang ilmu turath Islam, di samping berkongsi menyediakan maklumat dan pengumuman akademik terkini yang diberikan oleh sumber-sumber lain.

Modul Langganan

Hanya Ahli Langganan boleh mengakses Modul Langganan!

Daftar Sekarang Login