Profil Maulana Zaharudin Nawi

Maulana Zaharudin bin Nawi merupakan bekas penuntut Darul Uloom, Deoband, India. Menghabiskan masa hampir 15 tahun menuntut ilmu di sana sejak tahun 1989 hingga 2004. Sekembali ke tanah air, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Hadith.

Kini, beliau adalah pensyarah bebas dalam pelbagai bidang ulum Islam seperti Al-Quran, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab dan lain-lain. Beliau juga terlibat mengajar kelas-kelas pengajian agama kepada masyarakat awam. Di samping itu beliau juga turut dijemput menjadi Pensyarah Kursus Sijil Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di bawah Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dari tahun 2009 sehingga kini.

  • December 20, 2012
  • Basooir