Pengenalan

Basooir diilhamkan oleh Maulana Zaharudin Nawi bersama-sama dengan pelajar-pelajar beliau yang mengikuti kelas pengajian bahasa Arab dan tafaqquh di  Masjid Subang Perdana dan Universiti Malaya. Kelas di Subang Perdana merupakan tapak permulaan Basooir. Di sinilah Maulana Zaharudin mengajar bahasa Arab kepada pelajar-pelajarnya menggunakan nota  yang dihasilkannya sendiri dan ditambahbaik bersama-sama para pelajarnya.

Pengajian yang hanya diadakan seminggu sekali, akhirnya sampai kepada kemuncaknya apabila kelas Subang Perdana berjaya menamatkan 50 tajuk modul tatabahasa Arab sebagaimana yang dirancangkan. Pengajian ini merupakan persediaan untuk pengajian kitab-kitab agama yang berbahasa Arab. Kelas Subang Perdana juga berjaya menamatkan pengajian kitab Qisasun Nabiyyin yang ditulis oleh Maulana  Abul Hasan Ali Al Nadwi. Pendedahan  ini diharapkan menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk mengikuti kelas-kelas pengajian yang lebih serius seperti balaghah, fekah, tafsir, hadith dan sebagainya.

Basooir  merasakan penting untuk berkongsi pengalaman yang telah dilaluinya dengan semua orang. Pengalaman ini menunjukkan bahawa siapa sahaja mampu mempelajari bahasa Arab dan mengikuti pengajian agama yang lebih tinggi jika ada silibus yang lengkap, kemahuan yang mendalam dan yang paling penting istiqamah dan pergantungan yang kuat dengan Allah SWT.

  • December 20, 2012
  • Basooir