Modul Tinggi

Mukhtarat Min Adabil Arabi

Buku ini mendapat pujian daripada ramai sarjana Islam yang mempunyai hubungan yang rapat dengan kesusteraan Arab atau Adab Arabi.  Ia merupakan koleksi artikel-artikel pilihan yang mengandungi unsur adabi, yang diambil daripada berbagai bahan bacaan yang ditulis oleh tokoh-tokoh hebat daripada zaman awal Islam hinggalah ke kurun ke empat belas Hijrah.

 

Buku ini melambangkan jerih payah pengarang yang mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam menyedikan bahan bacaan yang bermutu tinggi untuk pelajar-pelajar mengusai Adab Arabi melalui bahan bacaan yang tidak meninggalkan unsur-unsur kerohanian dan nilai akhlak yang tinggi.

 

Buku ini dipecahkan kepada dua jilid.

 

Usulub kedua-dua jilid adalah sama. Ia dimulai dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadith-Hadith pilihan. Kemudian diikuti dengan artikel-artikel pilihan oleh tokoh-tokoh ternama seperti Ibnu Hisham, Ibnu Jauzi, Ibnu Muqaffa`, Hasan Basri, Ibnu Sammak, Jahiz, Ibnu Abd Rabbih, Masudi, Ibnu Hibban, Abu Farj Asbahani, Abu Bakr Khawarizmi, Abu Hayyan, Imam Ghazali, Ibnu Shaddad, Mubarrad, Al-Maqarri, Abdul Hamid Katib, Ahmad Farid Rifai`, Abu Mansur Thalabi, Abdul Qahir Jurjani, Badiuzaman Hamdani, Hariri, Ibnu Jubair Andalusi, Ibnu Adim, Ibnu Khalikan, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Khaldun, Shah Waliyullah Dehlawi, Mahmud Jaunpuri, Sayyid Abd Rahman Kawakibi, Muhammad Abduh, Mustafa Lutfi Manfaluti, Mustafa Sadiq Rafi`e, Muhammad Kurd Ali, Amir Shakib Arsalan, Abbas Mahmud Aqqad, Ahmad Amin, Taha Husein, Ahmad Hasan Zayyat, Sayyid Qutb dan Ali Tantawi.

 

Objektif pengajaran buku ini ialah agar pelajar didedahkan kepada bahasa-bahasa adabi peringkat tinggi dan menguasai mufradatnya.

 

Metode pengajaran Basooir berkenaan buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut.

 
  1. Pemasukan baris.
  2. Huraian perbendaharaan kata.
  3. Terjemahan
 
 
 
prev_ico  Sebelum                                                                                                      Seterusnya  next_ico
  • October 9, 2013
  • Basooir