Mukhtarat Arabiyah/Arabic For Scholars of Social Sciences
Buku ini disediakan khas untuk tujuan akedemik. Ia mengandungi artikel-artikel dari berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti kewartawanan, politik, ekonomi, sosiologi, geografi, sejarah, pendidikan, psikologi dan pengetahuan am. Kesemua ini dianggap sebagai ilmu sains sosial. Ia mencangkumi bidang yang khusus dengan istilah-istilah yang khusus mengikut bidang masing-masing. Buku yang tidak berbaris ini mengandung 200 keratan artikel-artikel pendek yang dibahagikan mengikut taburan berikut.
Bidang |
Bilangan Artikel |
Kewartawanan |
50 |
Politik |
25 |
Ekonomi |
25 |
Sejarah |
25 |
Sosial |
25 |
Pendidikan dan Psikologi |
25 |
Geografi |
15 |
Pengetahuan Am |
10 |
Objektif pengajaran buku ini ialah agar pelajar dapat meneroka pelbagai maklumat berbahasa Arab melalui bahan-bahan bacaan moden yang terdapat dalam akhbar, journal, majalah, internet dan sebagainya yang dipaparkan samada dalam bentuk buku, makalah, tesis dan seumpamanya.
Metode pengajaran Basooir berkenaan buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut.
- Pemasukan baris.
- Huraian perbendaharaan kata.
- Terjemahan