Al-Qiraat Al-Rashidah

Permulaan – Jilid 1 dan 2

Buku Qiraat Rashidah mengandungi tiga jilid. Jilid pertama dan kedua mempunyai baris. Manakala jilid ketiga tidak berbaris. Oleh itu jilid pertama dan kedua diletakkan di peringkat permulaan. Buku bacaan ini menyerupai uslub yang digunakan oleh sebuah buku bacaan Mesir yang berjudul Qiraat Rashidah. Malah ia disusun untuk menggantikannya kerana cerita-cerita di dalamnya tidak mementingkan pendidikan akhlak. Buku ini tidak mempunyai tajuk yang khusus. Ia membentangkan kepada pembaca pelbagai tajuk yang beraneka warna, yang menyentuh pelbagai sudut pengalaman yang mewarnai kehidupan manusia seperti aktiviti harian, perkelahan, perbualan, syair, sejarah, nasihat, kenderaan, binatang dan sebagainya.

                                        

Buku pertama mengandungi 31 tajuk. Sementara buku kedua sebanyak 42 tajuk. Metode pengajaran Basooir untuk buku ini lebih kepada terjemahan lafzi dengan mengenengahkan makna-makna perkataan yang penting tanpa huraian dari sudut tatabahasa. Objektif buku ini ialah mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian mufradat atau perbendaharaan kata dan juga kepelbagaian uslub ayat bahasa Arab moden.

 

Muat Turun PDF Qiraat Ar Rashidah di bawah.

PDF Qiraat Ar Rashidah FULL

Jilid 1

 
 TajukMasa
01Bagaimana Saya Menghabiskan Hari Saya (Demo Percuma! Sila Klik Untuk Menonton)17:17
02Bila Umurku Genap 7 Tahun27:16
03Semut 20:20
04Di Pasar35:36
05Burung19:27
06Bersiar-siar dan Masak Memasak27:53
07Siapa yang akan menahan kamu daripada aku?26:57
08Musafir dengan Keretapi 0115:02
09Musafir dengan Keretapi 0223:32
10Apakah Cita-cita kamu?/Kamu Hendak Jadi Apa?32:26
11Pertandingan24:16
12Jam25:25
13Berbuka Puasa27:26
14Amanah22:32
15Perburuan23:07
16Kenduri16:40
17Berbakti Kepada Ibubapa27:56
18Kelebihan Bekerja14:28
19 Dendangan Kanak-kanak Di Waktu Pagi15:25
20Kawan-Kawanku22:54
21Kampungku28:32
22Nyanyian Pada Waktu malam10:44
23Pertandingan Di Antara Dua Saudara22:10
24Ganjaran Kepada Ibubapa33.:58
25Adab Makan Dan Minum24:02
26Kejahatan dan Kebaikan12:58
27Hari Hujan28:03
28Pos22:05
29Pos 0222:39
30Siapakah Yang Meletakkan Batu 0117:22
31Siapakah Yang Meletakkan Batu 0214:20
32Hari Raya28:48

Jilid 2

 
 TajukMasa
3301 Kemuliaan Anak Yatim24:20
3402 Secebis Roti25:47
3503 Menziarahi Orang Sakit16:11
3604 Kimia32:50
3705 Hari Yang Panas22:39
3806 Kebersihan24:24
3907 Rindu Untuk Syahid20:14
4008 Rindu Untuk Syahid 0217:11
4109 Jadilah Satu Daripada Tujuh21:23
4210 Jadilah Satu Daripada Tujuh23:54
4311 Mata 0125:51

  • October 9, 2013
  • Basooir