Qiraat Al-Rashidah

Latar Belakang dan Objektif Kursus

Buku Qiraat Rashidah mengandungi tiga jilid. Jilid pertama dan kedua mempunyai baris. Manakala jilid ketiga tidak berbaris. Oleh itu jilid pertama dan kedua diletakkan di peringkat permulaan. Buku bacaan ini menyerupai uslub yang digunakan oleh sebuah buku bacaan Mesir yang berjudul Qiraat Rashidah. Malah ia disusun untuk menggantikannya kerana cerita-cerita di dalamnya tidak mementingkan pendidikan akhlak. Buku ini tidak mempunyai tajuk yang khusus. Ia membentangkan kepada pembaca pelbagai tajuk yang beraneka warna, yang menyentuh pelbagai sudut pengalaman yang mewarnai kehidupan manusia seperti aktiviti harian, perkelahan, perbualan, syair, sejarah, nasihat, kenderaan, binatang dan sebagainya.

                                        

Buku pertama mengandungi 31 tajuk. Sementara buku kedua sebanyak 42 tajuk. Metode pengajaran Basooir untuk buku ini lebih kepada terjemahan lafzi dengan mengenengahkan makna-makna perkataan yang penting tanpa huraian dari sudut tatabahasa. Objektif buku ini ialah mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian mufradat atau perbendaharaan kata dan juga kepelbagaian uslub ayat bahasa Arab moden.

  • August 27, 2013
  • Basooir