Qiraat Al-Rashidah Al-Awwal

Qiraat Rashidah Jilid 1 dan 2

Buku Qiraat Rashidah mengandungi tiga jilid. Jilid pertama dan kedua mempunyai baris. Manakala jilid ketiga tidak berbaris. Oleh itu jilid pertama dan kedua diletakkan di peringkat permulaan. Buku bacaan ini menyerupai uslub yang digunakan oleh sebuah buku bacaan Mesir yang berjudul Qiraat Rashidah. Malah ia disusun untuk menggantikannya kerana cerita-cerita di dalamnya tidak mementingkan pendidikan akhlak. Buku ini tidak mempunyai tajuk yang khusus. Ia membentangkan kepada pembaca pelbagai tajuk yang beraneka warna, yang menyentuh pelbagai sudut pengalaman yang mewarnai kehidupan manusia seperti aktiviti harian, perkelahan, perbualan, syair, sejarah, nasihat, kenderaan, binatang dan sebagainya.

Buku pertama mengandungi 31 tajuk. Sementara buku kedua sebanyak 42 tajuk. Metode pengajaran Basooir buku ini lebih kepada terjemahan lafzi dengan mengenengahkan makna-makna perkataan yang penting tanpa huraian dari sudut tatabahasa. Objektif buku ini ialah mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian mufradat atau perbendaharaan kata dan juga kepelbagaian uslub ayat bahasa Arab moden.

Jilid 1

 TajukMasa
01كيف أقضي يومي؟

Bagaimana Saya Menghabiskan Hari Saya?
19:18
02لما بلغت السابعة من عمري

Bila Genap Umurku 7 Tahun
20:44
03النملة

Semut
24:29
04في سوق

Di Pasar
20:18
05الطائر

Burung
28:47
06نزهة وطبخ

Berkelah dan Memasak
28:51
07من يمنعك مني؟

Siapa Yang Akan Menyelamatkanmu Daripadaku?
25:45
08سفر القطار

Perjalanan Keretapi
28:01
09ماذا تحب أن تكون؟

Apa Cita-cita Kamu?
25:32

  • August 27, 2013
  • Basooir