Format Qiraat Al-Rashidah Basooir

Format Modul

Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:

i. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
ii. Huraian berpandukan teks pdf yang dibekalkan
iii. Fokus pengajian ialah kepada penterjemahan dan perbendahraan kata
iv. Huraian sintaksis atau nahu tidak diutamakan

Jadual Berkala

Pelajaran baru Qiraat Rashidah akan dimuatnaik pada hari Khamis setiap minggu.
Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

Peserta Sasaran

Modul Qiraat Rashidah dikemukakan untuk pelbagai latarbelakang pelajar, samada :

i. Mereka yang sudah mempunyai asas bahasa Arab tetapi tidak lengkap

ii. Mereka yang ingin memperkayakan bacaan teks Arab yang ditulis oleh ulama terkenal dalam dunia penulisan bercorak Islami seperti Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi.

iii. Bagi mereka yang belum mempunyai asas bahasa Arab, modul Qiraat Al-Rashidah diharapkan dapat mendedahkan mereka kepada ayat-ayat mudah bahasa Arab dengan membiasakan diri mendengarnya berkali-kali. Mereka boleh menggunakan modul ini sambil menumpukkan kepada modul asal iaitu Tatabahasa Arab.

Bacaan

Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Tatabahasa  Arab Basooir kerana ia insyaalah dapat membantu pelajar mengusai memahami makna teks yang diberikan. (Akan Datang!)

  • October 8, 2013
  • Basooir