Modul Qiraat

Latar Belakang dan Objektif Kursus

Kursus Bahasa Arab Basooir mempunyai visi agar pelajar kelak akan mempunyai kemampuan untuk membaca dan menggunakan pelbagai material persuratan yang ditulis dalam bahasa Arab samada yang berbentuk turath maupun moden. Oleh itu kursus ini merasakan penting untuk menyediakan beberapa bahan bacaan yang sesuai dengan mempertimbangkan tiga peringkat penting iaitu permulaan, pertengahan dan tinggi. Bahan-bahan yang dipilih akan mempertimbangkan beberapa kriteria seperti penggunaan kalimah yang kaya, uslub penulisan yang adabi, kandungan yang mendidik dan oleh penulis yang masyhur.

Silibus

Antara bahan bacaan yang akan disediakan sebagai bahan pengajian untuk memenuhi matlamat ini ialah seperti berikut:

  1. Qisasun Nabiyyin oleh Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi
  2. Qiraat Rashidah oleh Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi
  3. Arabic Reader oleh Chaim Rabin
  4. Arabic For Scholars of Social Sciences oleh M.A Saleem Khan
 

Peringkat Permulaan akan mengupas dua buah buku iaitu:

  1. Qisasun Nabiyyin Jilid 1, 2, 3 dan 4.
  2. Qiraat Rashidah Jilid 1 dan 2.

Peringkat Pertengahan akan mengupas dua buah buku iaitu:

  1. Arabic Reader
  2. Qiraat Rashidah Jilid 3.

Peringkat Tinggi akan mengupas dua buah buku iaitu:

  1. Arabic For Scholars of Social Sciences
  2. Qisasun Nabiyyin Jilid 5.

 

Lihat modul di sini

Qiraat Rashidah Al-Awwal

Qisassun Nabiyyin Al-Awwal

 

  • August 26, 2013
  • Basooir