Qisasun Nabiyyin Jilid 5

Buku Qisasun Nabiyyin jilid 5 tidak memiliki baris. Makna bagi perbendaharaan kata yang sukar juga diberikan walaupun tidak banyak. Keseluruhan buku ini hanya mengisahkan sirah Rasulullah saw. Ia boleh dianggap sebagai ringkasan sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Buku ini telah dicetak dalam pelbagai versi: versi India, Pakistan dan Arab. Ia merupakan jilid yang paling tebal dalam siri-siri buku Qisasun Nabiyyin. Malah ia juga telah dicetak dalam bentuk yang berasingan daripada buku Qisasun Nabiyyin yang asal. Cerita-cerita yang terdapat di dalamnya merupakan ringkasan daripada kitab sirah nabawiyah yang masyhur  iaitu kitab Sirah Ibnu Hisyam di samping kitab-kitab muktabar yang lain. Bahasa yang digunakan agak sederhana walaupun di sesetengah tepat agar sukar. Uslub yang digunakan amat berbeza dengan buku-buku Qisasun Nabiyyin yang terdahulu yang menitip beratkan pengulangan kalimah dan juga ayat, lafaz yang mudah dan jalan penceritaan yang santai. Sebaliknya, uslub yang digunakan dalam jilid yang kelima ini mempertimbangkan zauq adabi dan kesederhanaan sesuai dengan tahap pelajar-pelajar bahasa Arab yang sudahpun melalui marhalah penyampaian yang serba mudah.

 

Objektif pengajaran Basooir berkenaan buku ini ialah menanamkan kepada pelajar sifat zauq adabi melalui ungkapan yang diutarakan oleh generasi terdahulu yang fasih berbahasa Arab iaitu generasi ketika Al-Quran diturunkan.

 

Metode pengajaran Basooir buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut.

 
  1. Pemasukan baris.
  2. Huraian perbendaharaan kata yang sukar.
  3. Huraian tatabahasa secara rawak.
  4. Terjemahan
 
 
 prev_ico  Sebelum                                                                                                      Seterusnya  next_ico
  • October 9, 2013
  • Basooir