Qisasun Nabiyyin

Qisasun Nabiyyin Jilid 1, 2, 3 dan 4.

Buku Qisasun Nabiyyin mengandungi 5 jilid. Jilid pertama hingga keempat mempunyai baris. Manakala jilid kelima tidak berbaris. Buku ini hanya mengemukan tentang sirah para anbiya yang disusun dalam gaya bahasa yang amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang baru mempelajari bahasa Arab.

 

Jilid pertama mengandungi kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Yusuf a.s. Jilid kedua tentang Nabi Nuh, Hud dan Soleh a.s. Manakala jilid ketiga berkenaan dengan Nabi Musa as. Jilid keempat menyentuh tentang Nabi Syuaib, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayyub, Nabi Yunus, Nabi Zakariya dan Nabi Isa as.

 

Buku ini amat penting dipelajari kerana ia disusun begitu cermat oleh pengarang, mempertimbangkan peningkatan mufradat, uslub dan gaya bahasa yang sentiasa diulang-ulang. Metode pengajaran Basooir buku ini akan menekankan aspek irab dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah tatabahasa yang telah dipelajari dalam pengajian tatabahasa sebelum ini.

 

  • August 27, 2013
  • Basooir