Format Qisasun Nabiyyin Basooir

Format Modul

Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:

i. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
ii. Teks qisasun nabiyyin dalam bentuk pdf berserta terjemahan dan perbendahraan kata
iii. Fokus utama pengajaran ialah peleraian sintaksis ayat (tarkib atau irab) satu persatu.

Jadual Berkala

Pelajaran baru Modul Qisasun Nabiyyin akan dimuatnaik pada hari Rabu setiap minggu.
Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

Peserta Sasaran

Modul Qisasun Nabiyyin dikemukakan  untuk pelbagai latarbelakang pelajar, samada :

i. Mereka yang sudah mempunyai asas tetapi tidak lengkap

ii. Mereka yang mampu berbahasa Arab tetapi lemah dalam beberapa aspek nahu dan saraf

iii. Bagi yang belum mempunyai asas bahasa Arab, Modul Qisasun Nabiyyin boleh digunakan bersama dengan modul utama iaitu Modul Tatabahasa Arab untuk membiasakan diri dengan ayat-ayat mudah bahasa Arab.

Bacaan

Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Tatabahasa  Arab Basooir kerana Modul Qisasun Nabiyyin disediakan sebagai aplikasi kepada kaedah-kaedah yang terdapat dalam buku tersebut. (Akan Datang!)

  • October 8, 2013
  • Basooir