Terma dan syarat

Laman web kami menyediakan produk-produk digital dengan tema-tema yang selaras dengan lesen dan Terma dan Syarat berikut yang dikeluarkan oleh syarikat kami, Basooir Global:

Keahlian

1. Jika anda di bawah 18 tahun, anda perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda sebelum menjadi ahli dan mengakses laman web ini.

2. Keahlian anda tidak boleh dipindah milik. Anda tidak boleh berkongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan orang lain atau membenarkan orang lain untuk mengakses laman web ini menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda.

3. Anda bertanggungjawab bagi setiap penggunaan laman web di atas nama pengguna dan kata laluan anda. Pastikan anda mengguna nama pengguna dan kata laluan anda secara sulit. Sila maklumkan kepada kami sebaik sahaja anda menyedari berlakunya apa-apa penggunaan keahlian yang tidak dibenarkan di atas nama pengguna dan kata laluan anda.

4. Keahlian adalah berdasarkan bayaran langganan berkala seperti dinyatakan dalam laman langganan kami. Keahlian anda, atau akses kepada kandungan modul dan bahagian-bahagian tertentu laman web, akan digantung atau dibatalkan jika pihak kami tidak menerima bayaran untuk langganan anda.

5. Penggunaan produk tanpa batasan masa diberikan: Keahlian anda memberikan anda hak untuk memuat turun atau menggunakan produk sekerap mana yang diingini dalam tempoh keahlian. Sebagai contoh, keahlian 1 tahun melayakkan anda untuk memuat turun produk modul yang tidak terhad dalam tempoh 1 tahun. Jika anda memperbaharui langganan anda, anda layak untuk memuat turun produk untuk setahun lagi. Selepas keahlian anda tamat, anda tidak boleh lagi mengakses produk yang pernah anda langgan sebelumnya.

Akses dan Penggunaan Laman Web

1. Laman ini biasanya boleh diakses 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Bagaimanapun, ada kalanya Basooir perlu untuk mengganggu atau menggantung akses anda ke laman web ini atas sebab penyelenggaraan atau sebab-sebab teknikal atau lain-lain. Notis gangguan akan diedarkan terlebih dahulu.

2. Apabila mengakses dan menggunakan perkhidmatan dan kandungan laman web, anda perlu mematuhi arahan, petunjuk atau protokol dipaparkan di laman web ini.

3. Kami berbesar hati dapat menawarkan pelbagai kandungan eksklusif di laman web ini untuk keperluan pendidikan dan pembelajaran anda. Kami juga berhasrat untuk kerap menambahbaik perkhidmatan dari masa ke semasa. Kandungan ini akan dikemaskini, ditukar atau dipindahkan, mengikut budi bicara kami, jadi kami tidak dapat menjamin bahawa kandungan tertentu akan boleh didapati di laman web ini pada setiap masa.

Hakcikpta Terpelihara Harta Intelek

1. Semua kandungan di laman web Basooir dilindungi daripada penggunaan semula dan penerbitan oleh hak cipta yang sedia ada. Melanggar hak-hak ini dengan mengeluarkan semula salinan di cetak atau online adalah melanggar syarat-syarat ini dan akan mengakibatkan penggantungan akaun.

2. Anda tidak berhak dan tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pengubahsuaian ke atas mana-mana produk Basooir Global. Pengagihan produk atau mana-mana versi diubahsuai mesti sentiasa akan tertakluk kepada undang.

3. Walaupun mempunyai akses yang tidak terhad, langganan tidak boleh dikongsi. Perkongsian atau lain-lain kaedah yang membolehkan untuk pelbagai, muat turun serentak (dan dengan itu menjejaskan prestasi laman web ini) adalah dilarang sama sekali dan boleh mengakibatkan penamatan langganan anda.

4. Cap dagangan dan logo yang dipaparkan pada laman ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Basooir Global. Anda tidak boleh menggunakannya tanpa kelulusan pemilik yang berkenaan melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Larangan

Sepanjang penggunaan laman web ini anda dilarang untuk:

1. Menggunakan alamat e-mel palsu, menyamar dengan identiti lain atau memberi gambaran palsu dan mengelirukan pengguna-pengguna yang lain

2. Memasukkan pengiklanan, penjenamaan atau kandungan promosi lain ke dalam laman web ini atau produk-produk Basooir Global yang lain.

3. Cuba untuk mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem komputer atau bahan-bahan melalui laman web ini.

4. Cuba untuk mengganggu atau mengubah operasi laman ini dalam apa jua cara (contohnya melalui menghantar spam, “flooding” pelayan, atau memperkenalkan virus, trojan, worms, cancelbot atau rutin komputer yang lain)

5. Menggunakan laman web ini atau kandungannya dengan cara yang melanggar undang-undang, yang melanggar harta intelek pihak ketiga atau hak lain, samada berbentuk penipuan, lucah, ganas, atau fitnah.

Peraturan Forum dan Komuniti

1. Kami mempunyai hak, tetapi tidak wajib, untuk memantau semua perkara yang dimasukkan ke laman ini.

2. Kami tidak bertanggungjawab ke atas bahan yang disiarkan oleh orang lain.Kami, bagaimanapun, berhak untuk menyunting, enggan menyiarkan atau untuk menghapuskan apa-apa item yang melanggar terma keahlian, dasar atau undang-undang berkenaan, mengikut budi bicara kami.

Privasi

1. Pengumpulan maklumat dan penggunaan apa-apa maklumat peribadi mengenai anda adalah untuk tujuan penambahbaik perkhidmatan sahaja. Segala maklumat adalah rahsia kepada awam.

2. Maklumat peribadi berhubung dengan keahlian anda dalam laman web ini boleh digunakan oleh Basooir Global untuk aktiviti pemasarannya kepada anda untuk penambahbaikan laman web ini.

3. Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi seperti yang diperlukan untuk memenuhi apa-apa permintaan undang-undang, peraturan atau kerajaan.

Pindaan Terma dan Syarat

1. Basooir Global boleh menukar terma dan syarat dari semasa ke semasa, tetapi kami akan memaklumkan kepada ahli-ahli sebelum berbuat demikian.

2. Anda akan diberi peluang untuk membatalkan langganan anda mengikut budi bicara kami dengan bayaran balik pro-rata (berdasarkan masa yang tinggal dalam langganan anda) jika anda tidak mahu menerima perubahan pada terma dan syarat yang baru.

3. Jika anda tidak memilih untuk keluar dengan cara ini, langganan anda akan berterusan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah dikemaskini.

Polisi Bayaran Balik

1. Operasi Basooir adalah mengikut kaedah Ijarah iaitu akad pemindahan hak guna atas barang atau perkhidmatan, melalui pembayaran upah sewa, tanpa diikuti dengan pemindahan pemilikan atas barang itu sendiri. Modul-modul yang dilanggan tidak boleh dikembalikan untuk bayaran balik atau seumpanya melainkan didapati kecacatan pada servis atau produk.

2. Sebarang aduan harus dikemukakan dalam masa 48 jam selepas penerimaan produk atau perkhidmatan. basooirsales@gmail.com

3. Apa-apa pertikaian yang timbul daripadanya hendaklah diselesaikan melalui perundingan bersama di antara anda dan Basooir Global.