Arabic Grammar

Home Forum Bahasa Arab Arabic Grammar

This topic contains 24 replies, has 9 voices, and was last updated by  abumuadz 3 years, 7 months ago.

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 25 total)
  • Author
    Posts
  • #2644
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Apakah buku Arabic Grammar, Learn Arabic atau apa sahaja tajuk dalam bahasa Inggeris untuk mempelajari bahasa Arab yang anda tahu, telah gunanya, sedang menggunakannya atau disarankan menggunakannya. Paling tidak nama buku. Kalau ada maklumat lain ttg cetakan, perolehan, komen ttg buku-buku itu dialu-alukan berkongsi di sini.

    #2649
    gkanomi
    gkanomi
    Participant

    Siri ‘Madinah Arabic Books’ bagus jugak sebab ada banyak sangat discussion,forum malah video tutorial tentang modul-modul mereka. Boleh google dan pilih medium mana yang bersesuaian.

    #2675
    Aina
    Aina
    Participant

    salam ustaz/ tuan,

    maaf saya masih terkebelakang dalam tatabahasa arab module & saya tiada basic arab…
    merujuk pada BA 02 latihan (a), ada alif qamariyah dan alif laf syamsiah…
    contohnya kalau BA 01 latihan (a), “suq” maknanya pasar, dan BA 02 latihan (a),”al-suq” maknanya pun pasar..

    macamaman kita nak bezakan bila nak guna nak perkatan “al” atau alif laf syamsiah/qamariyyah” dalam sesuatu ayat?

    terima kasih

    #2690
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Bahasa Melayu kita tidak memakai article untuk menentukan samada sesuatu kalimah itu khas atau umum. Bahasa kita memahami perkara tersebut melalui konteks perbualan. So kalau kita sebut pasar dalam tulisan atau perbualan maka kita akan mengetahui ia adalah pasar tertentu atau pasar secara umum melalui konteks atau situasi atau keadaaan, tanpa adanya sebarang tanda.

    Namun bahasa lain spt Inggeris dan Arab menggunakan tanda yang dinamakan artikel. Inggeris guna article a, an dan the. Arab pula guna tanwin dan alif lam tak kiralah syamsiyah ke qamariyah ke utk tujuan menyatakan umum atau khusus.

    Oleh itu bila perlu menggunakan alif lam atau tidak sama seperti penggunaannya dlm bahasa Inggeris. Kalau kita tidak mahir bahasa Inggeris mungkin susah sikit utk peringkat permulaan.

    Disebabkan bahasa kita tidak ada article maka dalam latihan penterjemahan Ustaz mesti tandakan samada ustaz maksudkan pasar itu pasar yang umum atau pasar yg khusus dengan kurungan (nakirah) atau (makrifah). Kadang-kadang kita boleh ganti alif lam dengan perkataan itu atau tersebut. Mungkin ini boleh dipakai utk peringkat permulaan kerana bahasa kita semamangnya tidak banyak menggunakan itu dan tersebut berulang-ulang dalam ayat. Ia akan menjejaskan keindahan bahasa Melayu itu sendiri.

    Oleh itu jika pasar yg kita maksudkan itu umum pakailah suq. Kalau bukan umum yakni khas, tertentu, diketahui, dimaklumi oleh samada penutur sahaja atau oleh kedua-dua penutur dan pendengar pakailah al suq. Orang yg menulis itulah sebenarnya lebih mengetahui suq yang jenis mana yang dia maksudkan. So bebaslah kita nak guna yg mana. Tapi dalam kes menterjemahkan Melayu ke Arab sukar utk menentukkan maksud penulis Melayu itu melainkan melalui konteks ayatnya.

    Bila lama-lama dah terbiasa dgn uslub ayat Arab maka tahulah kita nanti bila nak guna al atau tanpa al.

    Harap-harapnya menjawab soalan

    #2691
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    Wslm Puan,

    Kata Nama/Isim terbahagi kepada 2 iaitu Isim Nakirah dan Isim Makrifah.Isim Nakirah ialah kata nama yang bersifat umum/am atau dlm bahasa Inggeris penggunaan “a”@”an” dlm sesuatu konteks ayat.Ciri-cirinya ialah bertanwin dan tiada alif lam.Manakala Isim Makrifah pula ialah kata nama yang bersifat khas/khusus dan penggunaan “the” dlm bahasa inggeris.Ciri-ciri makrifah ialah beralif lam.
    cthnya:kitabun(كتاب)= a book (umum/tidak tahu buku apa/siapa)
    kalau makrifah:al-kitabu(الكتب) = the book (khusus)
    Untuk bermaksudkan sesuatu yang telah kita ketahui,maka (ال) digunakan.Jika ia bersifat umum/tidak diketahui (ال)digugurkan.

    Puan boleh tgk Video 5 nanti ada pembelajaran lebih detail ttg kata nama khas.

    Ustaz tolong betulkan.Tq.

    #2692
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    ehe…ustaz dah jawab dah tu=)

    #2694

    tcomes
    Participant

    salam ustaz
    nak tanya kitab apa yang gaya bahasa arab-nya mudah dan tidak ada baris…?

    #2696
    Mariam Sarbini
    Mariam Sarbini
    Moderator

    Mungkin, buku Qisasun Nabiyyin yang ke 5 (Sirah Sirah Khatam Nabiyyin) bagus. Tak berbaris. Lagipun kita dah biasa dengan Sirah Nabi Muhammad SAW, jadi boleh agak flow kisah2 tu sambil berlatih letak baris.

    #2697
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Memang kita bercadang letakkan Qisasun Nabiyyin yg awal-awal tanpa baris bersama dgn teks dan terjemahannya sebagai latihan membaca. Tak tahulah level mana yang dimaksudkan kitab yg tiada baris dan mudah itu. Spt kata ukht Maryam, Qisasun Nabiyyin jilid 5 mempunyai banyak kelebihan. Uslub cantik, gabungan bahasa baru dan lama, tidak terlalu pj dan pendek dan ilmu sirah itu sendiri. Atau Qiraat Raashidah jilid 3. Kalau nak tinggi sikit bacalah kitab mukhtaraat Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi. Insyaalah semua telah dimasukkan dlm silibus basooir dan akan menyusur.

    #2698
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Penuntut-penuntut ilmu dahulu amat menghormati kitab. Tidak diletakkan sebarang benda di atas kitab termasuklah buah epal!!!!

    #2702
    gkanomi
    gkanomi
    Participant

    تمام يا مولانا

    #2715
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Basooir sudahpun memasukkan teks Qisasun Nabiyyi tanpa baris sebagai latihan membaca teks tanpa bantuan baris.

    #2736

    ustaz,ana memang dah lama berminat untuk mempelajari bahasa arab (untuk faham baca quran).Sekarang ana dah jumpa modulnya melalui kelas tatabahasa arab basooir on line(BOL) ni.Bagi ana sehingga kini BOL banyak memberi menafaat kerana penerangan yg mudah di faham,ulangkaji sentiasa ada sebelum memulakan subject baru .bagi pelajar yg baru nak memulakan bahasa arab modul ini sangat di galakkan.adalah lebih elok para pelajar baru dapat baca dahulu notanya agar lebih mudah memahaminya.Cuma ana rasa lebih elok kalau ustaz banyak menggunakan atau menulis istilahnya dalam bahasa Arab.Contuh perkataan MUDHAF,MUNADA wallahuaklam

    #2737
    Mariam Sarbini
    Mariam Sarbini
    Moderator

    Seronok mendengar rakan-rakan Basooir yang bersemangat menelaah Modul2 di Basooir. Moga dapat menyerap aura positif tersebut.

    Selamat menyertai keluarga Basooir Tuan Mohmed Azmin.

    Ustaz,

    Ustaz ada menyebut dikelas tadi, sering berlaku kekeliruan untuk menentukan sama ada frasa itu ‘mausuf sifat’ atau mudhof-m.ilaih. Contohnya ضمير فصل. Di Modul Tatabahasa, video yang mana ada menyentuh berkenaan hal ini? Saya akui, saya pun menghadapi kekeliruan ini.

    Syukran.

    #2757
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    akak boleh tengok vid 8/9

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 25 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • November 6, 2013
  • Zaharudin Nawi