Arabic Grammar

Home Forum Bahasa Arab Arabic Grammar

This topic contains 24 replies, has 9 voices, and was last updated by  abumuadz 5 years, 5 months ago.

Viewing 10 posts - 16 through 25 (of 25 total)
  • Author
    Posts
  • #2758
    Mariam Sarbini
    Mariam Sarbini
    Moderator

    أشكرك. Best ada orang yang dah khatam video tatabahasa terkini..:)

    #2759

    terima kasih puan mariam,saya ni termasuk yg dah terlewat belajar dan lewat usia .Namun begitu saya suka mengutip kata-kata semangat samada dari mana sumber, bagi memotivasikan diri saya agar terus mencari ilmu.Salah satunya dari ustaz sendiri yg biasa mengatakan bahawa menuntut ilmu ini adalah jihad biar kita mati dalam berjihad menuntut ilmu.Menyentuh mengenai belajar bahasa Arab Alquran ini saya ingin memetik satu hadis yg di riwayatkan oleh al Tabrani dan al Baihaqi,menurut Ibn Abas r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya “kecintaan kepada Arab kerana tiga perkara kerana aku adalah orang Arab,al Quran adalah berbahasa Arab dan bahasa yang di gunakan oleh penghuni syurga adalah basa Arab”.Saya tidak pasti ini hadis sahih atau tidak mungkin ustaz boleh perjelaskan.Namun begitu saya ingin jadikan ini sebagai pemangkin untuk terus belajar wpun sukar,terutama yg pastinya bahasa Arab ini adalh bahasa Rasulullah dan bahasa Al qura wpun kita tidak pasti bahasa di syurga adalah bahasa arab atau tidak.Wallahuaklam sekadar berkongsi sahaja.

    #2760

    norlia
    Participant

    Salam, boleh ust terangkan bila kah menambah huruf jar di perlukan pada ayat apabila membuat translation, terima kasih

    #2761
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Sesetengah fi`il ada huruf jar tertentu mengiringinya utk membawa makna yg tertentu. Huruf jar ini dinamakan silah. Kamus akan membantu kita bila dan huruf jar mana yg perlu digunakan utk membuat ayat bahasa Arab. Kita tidak boleh buat andaian sendiri dalam memilih huruf jar yang sesuai. Spt bahasa Inggeris juga look at maknanya lain dan look after maknanya lain.

    #2762
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Di riwayatkan oleh al Tabrani dan al Baihaqi, menurut Ibn Abas r.a Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya “kecintaan kepada Arab kerana tiga perkara kerana aku adalah orang Arab,al Quran adalah berbahasa Arab dan bahasa yang di gunakan oleh penghuni syurga adalah bahasa Arab”

    Komen: Hadith ini diriwayatkan melalui sandaran sanad atau isnad Ibnu Abbas dan Abu Hurairah. Isnad Ibnu Abbas sangat bermasalah di sisi ulama hadith. Ada ulama yg mengatakannya sampai ke peringkat maudu (rekaan, fabricated) spt Ibnu Jauzi dan Zahabi. Isnad Abu Hurairah paling tinggi dhaif spt kata Sakhawi dan Iraqi.

    #2811
    gkanomi
    gkanomi
    Participant

    jzklh maulana.

    #2829

    tcomes
    Participant

    Saya sarankan 5 buku ini, semua dalam bahasa inggeris

    The Madinah Books Series (3 volume) available in english and indonesia

    Arabic Tutor Vol 1-4

    Lisan ul Quran (3 Volume Set)

    A New Arabic Grammar of the Written Language by J. A. Haywood,H. M. Nahmad

    Hidayah An-Nahwu

    #2830

    norlia
    Participant

    Salam, terima kasih kerana berkongsi maklumat yg sangat baik bagi yg ingin mempelajari bahasa arab alquran.
    Sumbangan ini sangat dihargai.

    #2831
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Insyaalah tajuk video selepas kata tanya lanjutan ialah dhamir fasl.

    #3148

    abumuadz
    Participant

    Pengalaman saya dalam mempelajari bhs arab ni bermula dengan buku Madinah Arabic (دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها) oleh Dr. V. Abd Raheem. Saya download material iaitu video & kutub drp lqtoronto.com .Ianya terdiri drp 3 buku dan disyorkan belajar secara berguru (Alhamdulillah saya dapat berjumpa dgn pengarangnya di Madinah dan itu lah pesannya). Walau bagaimana pun agak sukar saya mendapatkan guru boleh yang mengajar dengan kutub/silibus tersebut. Jadi saya cuba sedaya upaya utk habiskan videonya tapi smpi sekarang belum habis…

Viewing 10 posts - 16 through 25 (of 25 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • November 6, 2013
  • Zaharudin Nawi