Berkenaan harf ataf و

Home Forum Diskusi Umum Berkenaan harf ataf و

This topic contains 3 replies, has 2 voices, and was last updated by  iwani 3 years, 7 months ago.

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)
  • Author
    Posts
  • #3100

    iwani
    Keymaster

    Assalamualaikum ustaz, saya buka soalan di sini ya. Terima kasih kerana menjawab komen saya di bahagian video. Saya nak cuba huraikan lagi perkara yang saya utarakan

    Dalam English atau Bahasa Melayu apabila kita nak menyambungkan words, kita kena letak additional word iaitu “and” atau “dan”. A book and a pen contohnya. Then kalau ia lebih dari 2 benda, kita akan letakkan ‘,’ (comma) : A book, a box and a pen.

    Di dalam Bahasa Arab sangaaaat unik bagi saya kerana و yang dipanggil harf ataf (huruf penyambung) is a huruf, not a word. Jadi sebab itu bila dalam Arab kita tulis : كِتَابٌ وَقَلَمٌ

    و tak duduk bersendirian, tak berasingan tapi dia bersambung dengan perkataan seterusnya. Daaan di waktu ada lebih dari 3 benda pula و akan memainkan peranan0 sebagai ‘,’ jugak. Kalau dalam English/BM, kena ada dua benda perkataan “and/dan” dan “,”

    Itulah pencerahan yang saya dapat tapi saya tak sure betul ke tak.. atau terover analyze. Harap ustaz dapat perbetulkan jika saya salah

    جَزَأكَ اللّٰهُ خَيرًا كَثِيرًا

    #3101

    iwani
    Keymaster

    Oops, termiss satu point sebagai conclusion… Oleh sebab و adalah huruf dan bukan perkataan, dia boleh jadi “,” atau “and” apabila perlu

    #3106
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Ahli nahu membahagikan kalimah atau perkataan kepada 3 bahagian iaitu isim, fiil dan harf. Dengan kata lain ketiga-tiga ini merupakan komponen ayat. Isim adalah kata nama atau noun. Fiil adalah kata kerja atau verb. Harf pula kata tugas atau particle.

    Harf jamaknya huruf. Alif, ba, ta….waw dan ya juga dinamakan harf atau huruf dalam bahasa Arab samalah dengan bahasa Melayu. Tetapi harf atau huruf dalam grammar bukan alif, ba, ta…waw dan ya ini. Harf atau huruf dalam grammar ialah kalimah yang ada makna tertentu dan tugas tertentu walaupun bentuknya satu huruf seperti waw. Sebab itu kita namakannya sebagai kata tugas manakala Inggeris menterjemahkannya sebagai particle. Tetapi particle ini lebih luas daripada istilah grammar Inggeris. Particle atau huruf bahasa Arab termasuklah prepositions, adverbs, conjunctions dan interjections.

    Huruf waw yang dibincangkan itu termasuk komponen huruf yakni kata tugas. Waw banyak tugas dalam bahasa Arab. Sekurang-kurangnya ada 15 makna atau tugas waw. Salah satunya ataf atau sebagai conjunctions . Ia sinonim makna dengan dan dan and. Cuma mereka berbeza dari sudut grammar atau nahu. Waw Arab lebih dalam maknanya daripada dan dan and.

    Perlu diingatkan huruf ataf atau conjunction bahasa Arab bukan satu malah banyak. Antaranya waw (و), fa (ف) dan thumma (ثم). Apakah hakikat makna ataf? Secara mudah kita katakan maknanya mengekori. Apa yang mengekori? Ahli nahu mengatakan hukum yang mengekori. Menurut mereka ayat yang terbina sebenarnya untuk menyabitkan hukum. Bila kita mengatakan (ذَهَبَ زَيْدٌ) ertinya kita menyabitkan perbuatn pergi kepada Zaid. Perbuatan pergi itu adalah hukum. Seolah-olah kita menjatuhkan hukum yakni menyabitkan hukum pergi ke atas Zaid. Apabila kita menambahkan waw ataf seperti ayat ( ذَهَبَ زَيْدٌ وَعَلِيٌّ)ertinya kita cuba menyabitkan hukum pergi yang sama ke atas Ali sebagaimana yang terjadi ke atas Zaid. Oleh itu irab Ali akan mengekori irab Zaid. Bacaan irab mereka akan menjadi sama. Sama-sama rafa dengan baris dhammah.

    Kemudian mereka menambahkan penjelasan tentang makna waw yakni jika waw digunakan hanya perbuatan pergi ingin disabitkan, bukan turutan. Ertinya ayat itu tidak memfokuskan siapa pergi dahulu. Boleh jadi Zaid. Boleh jadi Ali. Jika kita menggunakan huruf fa (ف) menggantikan waw penjelasan yang sama akan berlaku tetapi berbeza dari sudut turutan. Ini kerana menurut grammarian huruf fa (ف) menjelaskan turutan. Ertinya Zaid yang pergi dahulu kemudian barulah Ali tanpa adanya pemisahan ruang masa. Tetapi jika kita menggunakan thumma (ثم) berlaku turutan juga yakni Zaid dahulu pergi kemudian Ali tetapi dengan tempoh pemisahan yang lama.

    Adapun waw diletakkan berdekatan dengan kalimah lain itu hanya teknik penulisan moden sahaja. Cara penulisan dahulu pula waw diletakkan berasingan. Jelas menunjukkan ia kalimah yang asing.

    Harapnya penjelasan ini dapat merungkaikan konsep huruf bahasa Arab terutama huruf ataf.

    #3113

    iwani
    Keymaster

    MasyaAllah .. Semoga Allah merahmati and memberkati kesudian dan semangat ustaz berkongsi ilmu dengan kami semua… Saya sangat sangat terharu dan berterima kasih atas penjelasan ustaz. I really like what you shared ustaz. Syukran jazilan. Makin seronok belajar Bahasa Arab apabila ada kawan-kawan yang supportive dan guru yang enthusiastic :)

    Barakallahufik

Viewing 4 posts - 1 through 4 (of 4 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • January 13, 2014
  • iwani