FAQ

Home Forum Diskusi Umum FAQ

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Basooir Basooir 4 years, 1 month ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #2578
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Pendaftaran dan Langganan

    Perlukah saya mendaftar dahulu sebelum melanggan?
    Ya. Pendaftaran akan memasukkan maklumat anda ke dalam sistem kami yang seterusnya akan digunakan ketika memproses langganan.

     

    Bolehkah saya melanggan untuk pihak lain?
    Boleh tetapi anda perlu menggunakan emel yang unik ketika mendaftar. Pastikan juga emel tersebut boleh diakses oleh pihak tersebut.

     

    Akaun dan Profil

    Bolehkah saya menukar nama pengguna saya?
    Nama pengguna tidak boleh diubah selepas sudah didaftar. Namun anda boleh mengemaskini info yang lain seperti nama paparan, emel dan kata laluan.

     

    Bagaimana untuk saya membaharui langganan saya?
    Selepas log masuk, klik “Kemaskini Profil” pada profil anda untuk menyemak status dan seterusnya membaharui langganan.

     

    Bolehkan saya membaharui langganan untuk pihak lain?
    Bayaran untuk mana-mana Akaun Basooir boleh dibuat dari mana-mana akaun bank. Namun pembayar mestilah terlebih dahulu mempunyai akses terhadap akaun pihak itu sebelum mula membaharui langganannya.

     

    Format Pengajian

    Bagaimanakah metode pegajian ini?
    Modul boleh diakses secara strim dari laman web Basooir pada bila-bila masa di komputer meja, laptop, tablet atau smartfon yang mempunyai sambungan Internet.

     

    Adakah saya perlu melanggan modul-modul secara berasingan?
    Anda diberi akses kepada keseluruhan Modul Bahasa Arab dan Qiraat dengan hanya satu langganan. Ini merangkumi Modul Tatabahasa Arab, Qisasun Nabiyyin, Qiraat Rashidah dan Arabic Reader di samping modul-modul percuma Kelas Basooir yang lain.

     

    Adakah Ahli Langganan boleh memuat turun video-video ini?
    Untuk memastikan video langganan adalah privasi kepada Ahli Laggangan sahaja, Basooir tidak menyediakan video untuk dimuat turun

     

    Bagaimanakah jika saya menggunakan perkhidmatan broadband wireless?
    Basooir menyediakan banyak video baru setiap minggu dan video-video kami distrim dengan kualiti definisi tinggi (HD) yang mungkin mencecah sehingga anggaran 3GB pemindahan data setiap bulan. Basooir mencadangkan sambungan TM Unifi untuk akses yang optima.

     

    Adakah nota pengajian dan latihan disediakan?
    Nota pengajian disediakan untuk setiap modul. Buat masa ini latihan dan jawapan hanya disediakan untuk Modul Bahasa Arab sahaja. Ia boleh dimuat turun untuk dicetak oleh ahli jika perlu.

     

    Adakah ruang disediakan untuk ahli berdiskusi?
    Forum Basooir ialah hub utama untuk berbincang mengenai modul-modul yang telah dilalui. Selain itu, terdapat jugak ruangan komentar pada setiap halaman video pengajian untuk soalan-soalan yang lebih spesifik kepada video, ringkas dan segera.

     

    Basooir

    Siapakah yang menguruskan web Basooir?
    Basooir dibina dan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Kelas Basooir Subang. Setelah menamatkan pengajian Tatabahasa Arab, masing-masing yang datang dari pelbagai latar belakang dan profesion, menyumbang tenaga dan idea untuk web Basooir sehingga hari ini.

     

    Bagaimana untuk menyertai Kelas Basooir?
    Kelas Basooir berlangsung di Masjid Subang Perdana setiap hari Ahad bermula jam 10 pagi. Anda boleh datang terus ke kelas atau hubungi kelasbasooir@gmail.com untuk maklumat lanjut.

     

    Apakah pengajian utama Kelas Basooir?
    Sekarang ini Kelas Basooir mempelajari kitab Irab Al-Quran wa Bayanuhu karangan Sheikh Darwish. Pelajaran ini turut dirakam dan dimuatnaik di web Basooir. Selain itu kela-kelas Syarah Sahih Bukhari, Mustalah Hadith dan lain-lain juga berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.

     
Viewing 1 post (of 1 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • October 31, 2013
  • Basooir