Mubtada Nakirah

Home Forum Bahasa Arab Mubtada Nakirah

This topic contains 6 replies, has 2 voices, and was last updated by Ku Fara Al-Idrus Ku Fara Al-Idrus 3 years, 11 months ago.

Viewing 7 posts - 1 through 7 (of 7 total)
  • Author
    Posts
  • #2643
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Ahli Nahu (grammarian) mengatakan ِرَجُلٌ ِفي الْبَيْت adalah ayat salah. Kata mereka ini kerana mubtada (subject)nya berkeadaan nakirah (indefinite). Jika mahu diperbetulkan maka kedudukannya haruslah ditukar iaitu في الْبَيْتِ رَجُلٌ. Soalnya kenapa mubtada (subject) tidak boleh nakirah (indefinite)?

    #2656
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    Mubtada tidak boleh nakirah kerana permulaan ayat mesti makrifah(kata nama khas).Tetapi untuk kes-kes tertentu jika(khabarnya terdiri dari frasa jar majrur dan frasa zaraf) membolehkan mubtada sebagai nakirah.Selain menukar kedudukan mubtada,mubtada juga boleh dikekalkan kedudukannya sebagai nakirah dipermulaan ayat tetapi mesti diikuti dengan kata sifat kerana kata sifat tersebut menunjukkan khusus/khas.Ustaz,tolong betulkan kalau salah.Tq.

    #2658
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Cubaan yg baik tetapi belum menjawab soalan

    #2664
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Erti subjek atau mubtada dapat diketahui dengan menggunakan konsep tahu atau tidak tahu. Subjek benda yg hendak diceritakan. Seharusnya benda yg hendak diceritakan telah diketahui oleh pendengar. Oleh itu ia mesti makrifah. Manakala cerita yg hendak dibawa yang merupakan peranan khabar ialah sesuatu yg tidak diketahui oleh pendengar yg perlu didengarinya. Oleh itu ia perlu nakirah atau umum (indefinite). Khabar juga dinamakan hukum kerana pada awalnya mubtada tiada hukum. Maka jadilah kaedah asal mubtada-khabar ialah makrifah-nakirah (makrifah utk mubtada dan nakirah utk khabar). Jika sebaliknya iaitu mubtada nakirah maka ia perlu disusun supaya yg mula kelihatan makrifah walaupun ia adalah khabar. Sebab itu mubtada dicampakkan ke belakang!!!!!

    #2683
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    oooo.faham ustaz.Tetapi saya kurang jelas dengan “khabar juga dinamakan hukum kerana pada awalnya mubtada tiada hukum” yang ustaz sebut tu.

    #2688
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Begini setiap kali kita sebut mubtada contohnya عَلِيٌّ maka pendengar akan tertunggu-tunggu apa yg seterusnya kita nak kata tentang Ali. Seolah-olah pendengar menunggu-nunggu satu hukum yang hendak dijatuhkan oleh Tok Hakim ke atas Ali. Hukum bukan bermakna hukum kepada pesalah. Hukum di sini bermakna statement yang akan diissuekan. Macam hukum hakiki juga kan?. Oleh itu bila sebut Ali sahaja ertinya ia kosong dari sebarang statement atau hukum. Semamangnya ia perlukan kpd hukum kerana penutur tidak mengucapkan lafaz Ali utk sia-sia.

    #2693
    Ku Fara Al-Idrus
    Ku Fara Al-Idrus
    Moderator

    skrg dah faham ustaz.jzklh=)

Viewing 7 posts - 1 through 7 (of 7 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • November 6, 2013
  • Zaharudin Nawi