Pengalaman anda dalam mempelajari bahasa arab & bersama Basooir.com

Home Forum Diskusi Umum Pengalaman anda dalam mempelajari bahasa arab & bersama Basooir.com

This topic contains 2 replies, has 2 voices, and was last updated by Mariam Sarbini Mariam Sarbini 3 years, 11 months ago.

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • Author
    Posts
  • #3045

    abumuadz
    Participant

    Assalamualaikum

    Boleh kongsikan pengalaman anda dalam belajar bahasa arab dan pengalaman anda menggunakan Basooir.com?

    Alhamdulillah hari ini saya telah melanggan menjadi ahli untuk setahun (diskaun hebat itu sukar untuk ditolak!).

    Pengalaman saya dalam mempelajari bahasa arab lebih 2 tahun secara part-time menggunakan Youtube & bahan daripada internet (Buku Madinah Arabic – durus ullughatul arabiyyah lighairi naTiqina biha, lil ad duktur Fa Abdur Raheem) semacam roller coaster. Ada turun naik & dapat berguru sekejap (mungkin tak sampai lima kali) tapi yang lain2 terpaksa belajar sendiri dengan video.

    Alhamdulillah walaupun penguasaan bahasa arab saya kira dhoifun jiddan saya dapat bertutur dengan orang arab secara merangkak2 dan ini amat menggembirakan saya kerana dapat berkawan dengan orang arab. Yang lebih penting sebenarnya adalah tujuan asal belajar bahasa arab supaya faham makna bila membaca Al-Quran atau mendengarnya. Begitu juga dengan ahadis Rasulillah s.a.w.

    Saya pun tengah membaca buku Qisasun nabiyyin & semoga menjadi ahli Basooir.com ini dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa arab saya.

    أريد أن أدرس اللغة العربية لانها لغة القرآن الكريم

    #3149

    abumuadz
    Participant

    Kalau ada perjumpaan pelajar2 maya Basooir dengan Maulana Zaharudin sebulan sekali kan bagus? Untuk berbincang atau meleraikan kekusutan (mgkin bagi pelajar2 di lembah klang. Atau memang dah ada yg sedemikian??

    #3152
    Mariam Sarbini
    Mariam Sarbini
    Moderator

    Memang Basooir ada rancangan untuk buat perjumpaan. Ia masih dalam perbincangan. Insya-Allah Basooir akan maklumkan jika ada perkembangan terkini berkenaan hal ini.

    Terima kasih atas cadangan dan sokongan.

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • January 3, 2014
  • abumuadz