Home › Forum › Bahasa Arab › Pengusaan Nahu
This topic contains 3 replies, has 2 voices, and was last updated by Zulkifli Abu Bakar 5 years, 3 months ago.
-
AuthorPosts
-
November 8, 2013 at 3:43 pm #2713
Adakah nahu atau grammar bahasa Arab itu penting? Tidakkah nahu itu satu juzuk sahaja dalam apa-apa bahasapun?
Adakah org yg alim nahu boleh dikatakan alim dlm bahasa Arab?
Setakat mana kita perlu belajar nahu?
Jika diberi pilihan mana yang anda hendak kaya. Kaya nahu atau kaya mufradaat (perbendaharaan kata, vocab)
November 12, 2013 at 3:12 am #2756Askm Ustz.
Ilmu Nahu(B.Arab) adalah satu cabang dari Bahasa Arab itu sendiri. Walaupun ia hanya satu juzuk
namun kepentingannya tidak dapat dinafikan. Bagi saya mengetahui Ilmu nahu amat penting sekali
kerana apabila berlaku perubahan i’rab yakni baris akhir sesuatu kalimah maka maknanya juga akan berubah.Penentu perubahan i’rab ini adalah ilmu nahu itu sendiri.Seseorang yang alim tentang ilmu nahu tidak semestinya alim dalam Bahasa Arab. Definasi Alim dalam bahasa Arab bagi saya bererti seseorang itu mahir dalam percakapan, penulisan dan gaya bahasa itu sendiri. Maksudnya apabila seseorang itu menggunakan Bahasa Arab, dia seolah-olah menggunakan bahasa Ibundanya sendiri walaupun dia bukan orang Arab.
Setakat mana kita perlu mempelajari nahu bergantung kepada tujuan kita mempelajari Bahasa Arab.Kita sedia maklum dinegara kita terdapat berbagai bentuk penbelajaran Bahasa Arab. Bahasa Arab Komunikasi yang menitik beratkan percakapan dan sudah tentu banyak mengingati mufradaat.
Terdapat juga pembelajaran secara Pondok yang menitik beratkan Nahu dan Saraf. Jadi bergantung kepada tujuan masing-masing.Bagi saya, tujuan belajar Bahasa Arab adalah untuk mudah memahami Al-Quran dan Hadis nabi (saw).Nahu juga dapat membantu untuk menghafal ayat-ayat Al-quran.Benar jika dikatakan tak pandai Nahu bolih juga menghafal, tapi itu bagi anak-anak dan juga orang
yang kuat daya ingatannya. Bagi orang yang tak kuat ingatan seperti saya dan berada diambang senja
NAHU amat membantu. Setakat mana saya perlu belajar Nahu, saya serah kepada Allah mudah-mudahan
matlamat saya tercapai.Jika diberi pilihan saya memilih kaya Nahu kerana mufradaat bolih dirujuk kamus dan dikembangkan
lagi dengan pengetahuan Nahu dan SarafWassalam.
November 12, 2013 at 11:47 pm #2766Memadaikah belajar nahu Arab mengunakan buku Melayu atau bahasa Inggeris? Contohnya kita mempunyai banyak buku Arabic Grammar dlm pasaran. Ramai org telah menggunakannya dan berjaya menggunakan bahasa Arab dlm pembacaan, penulisan maupun percakapan. Sejauh manakah kemampuan buku-buku ini menjadikan seseorang mahir dgn nahu Arab?
November 13, 2013 at 2:20 am #2770Askm,
Tidak dapat dinafikan penggunaan buku dalam bahasa Melayu atau Inggeris (berkenaan Nahu Arab) dapat membantu sesaorang itu memahami nahu Bahasa Arab namun ianya amat tidak memadai. Buku-buku seperti ini yang banyak dipasaran mungkin dapat membantu mereka yang sudah mempunyai asas sedikit sebanyak dalam Nahu Bahasa Arab tetapi amat sukar bagi mereka yang langsung tidak mempunyai asas.
Pembelajaran melalui buku sahaja tanpa berguru ibarat berjalan di-lorong yang sehala (one way).Pelajar mungkin tidak faham apa yang cuba disampaikan olih penulis dan peluang untuk mengajukan soalan langsung tidak ada. Apa yang cuba disampaikan olih penulis mungkin disalah tafsir olih pelajar itu sendiri. Contoh-contoh yang diberikan olih penulis juga mungkin tidak mencukupi untuk membuat sesaorang pelajar itu faham apa yang cuba penulis sampaikan.
Dalam senario kita berguru sekalipun kefahaman kita berbeza-beza.Cuma disini kita dapat bertanya dan mendapatkan penerangan yang lebih jelas. Kadang-kadang nak bertanya soalan pun kita tak tahu kerana kurangnya kefahaman kita terhadap sesuatu yang diterangkan olih guru. Malu bertanya juga menjadi satu penyakit dalam menuntut ilmu.
Cubalah kita bayangkan berguru dengan buku. Kita akan membuat kesimpulan mengikut kefahaman kita sendiri yang mungkin berbeza dengan apa yang cuba disampaikan olih penulis.
Bagi mereka yang berjaya menggunakan bahasa Arab dlm pembacaan, penulisan maupun percakapan dengan mengunakan buku sahaja, entahlah tak tahu saya nak kata apa, mungkin anugerah dari Allah yang maha kuasa. Saya sendiri terpaksa menempuh jalan yang susah, jalan dua hala dan saya tetap mengatakan buku sahaja tidak memadai.
Disini saya memuji usaha BASOOIR yang bersusah payah mengujudkan pembelajaran secara online. Pelajar bolih berkomunikasi secara E-Mail dan tanyalah apa-apa yang tidak difahami berkenaan topik2 pembelajaran dan tiada siapa akan melihat kita.
-
AuthorPosts
You must be logged in to reply to this topic.