perbezaan isim jinis jam'i dan ifradi

Home Forum Bahasa Arab perbezaan isim jinis jam'i dan ifradi

This topic contains 2 replies, has 2 voices, and was last updated by  az saifuddin 3 years, 7 months ago.

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • Author
    Posts
  • #2740

    az saifuddin
    Participant

    salam ust,ust boleh terangkan isim jinis jam’i dan isim jinis ifradi.

    #2754
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Isim jins (اسمُ جِنْسٍ, kata nama kolektif yang merujuk kepada kelas, generic noun, noun of genus) ialah isim yang menunjukkan makna kolektif (جَمْعٌ) tetapi dalam masa yang sama menunjukkan mahiyat (مَاهِيَّةٌ). Maksud mahiyat ialah binaan yang membinanya sehingga kita boleh menamakannya sekian-sekian spt mahiyat air ialah H2O. Mana-mana yang ada H2O kita akan kata ia termasuk kelas air. Mahiyat (مَاهِيَّةٌ) asalnya ayat مَا هِيَ؟ Apa itu?. Satu soalan utk mengetahui hakikat ttg sesuatu. Kemudian dijadikan makna masdari berbentuk مَاهِيَّةٌ bermakna essence, natural atau hakikat sesuatu yang paling asas. Yakni kalau kita nak tahu apa itu air kita akan mentakrifkan dengan sekian-sekian takrif supaya takrif itu lengkap untuk sesuatu yang dinamakan air.

    Namun bahasa Arab membahagikan isim jins kepada dua bahagian.

    1-Jika ia boleh dijadikan individu tunggal maka ia dinamakan isim jins jami (اسمُ جنسٍ جَمْعِيٍّ) seperti شَجَرٌ pokok ialah isim jins kerana ia satu kelas yang umum di mana pokok kelapa, pokok delima dsb sah dimasukkan ke dalam kelas pokok. Kalimah شَجَرٌ boleh dijadikan tunggal untuk menunjukkan satu pokok (a tree) dengan menambahkan ta marbutah menjadi شَجَرَةٌ sebatang pokok. Isim tunggal yg dibentuk drp isim jins jami dinamakan isim wehdah (اسم الوحدة) atau nomen unitatis. Contohnya: حَمَامٌ merpati menjadi حَمَامَةٌ seekor merpati; بَقَرٌ lembu memjadi بَقَرَةٌ seekor lembu; تَمْرٌ tamar menjadi تَمْرَةٌ sebiji tamar; ذَهَبٌ emas menjadi ذَهَبَةٌ secebis emas. Atau wehdah dgn ya nisbah spt يَهُودٌ yahudi menjadi يَهُودِيٌّ seorg yahudi; عَرَبٌ Arab menjadi عَرَبِيٌّ seorang arab. Maksud jami ialah bukan jamak yang ada mufrad. Ini kerana seseorang yg telah makan تَمْرَةٌ sah dikatakan telah makan تَمْرٌ juga. Kebanyakan isim jins jami terdiri daripada kalimah berupa makhluk yg diciptakan Allah spt binatang, tumbuhan, buah-buahan, awan dsb. Jarang yg diciptakan oleh manusia spt سَفِينٌ perahu dengan isim wehdahnya سَفِينَةٌ sebuah perahu.

    2-Jika ia tidak memiliki individu tunggal maka ia dinamakan isim jins ifradi (اسم جنس افرادي) isim jins tunggal. Contohnya مَاءٌ air, semua yang ada unsur air samada setitis atau banyak tetap dipanggil مَاءٌ. Tidak wujud مَاءَةٌ

    Isim jins jami hampir serupa dgn isim jamak (اسم جَمْعِ). Bezanya isim jins jami ada individu tunggal manakala isim jamak tiada, spt قَوْمٌ kaum adalah isim jamak yg juga ada unsur kolektif tetapi tiada individu tunggal. Tidak wujud قَوْمَةٌ satu individu kaum.

    #2771

    az saifuddin
    Participant

    syukran ust..

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • November 11, 2013
  • az saifuddin