Pertanyaan Maksud Ayat 6 Surah Al Zumar

Home Forum Diskusi Umum Pertanyaan Maksud Ayat 6 Surah Al Zumar

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by Zaharudin Nawi Zaharudin Nawi 3 years, 8 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3290
    Aina
    Aina
    Participant

    Salam ustaz,

    Saya ada dua pertanyaan:

    Soalan Pertama:

    Merujuk pada surah di atas (Surah 39, Ayat 6), bolehkan saya tahu apakah yang dimaksudkan dengan …”lapan pasang haiwan ternakan untukmu…”. Apakah yang dimaksudkan Allah dengan lapan pasang haiwan ternakan itu? Kenapa Allah hanya kata lapan pasang haiwan ternakan dalam ayat itu bukan lebih? Sebab kat dunia ni kan banyak jenis haiwan? Maaf jika saya pertanyaan ni ikut “logically thinking”. Tapi saya tertanya-tanya bila baca ayat ni. Sebab dalam terjemahan ini, ia ada explain tentang tiga kegelapan itu ialah kegelapan dalam perut, dalam rahim dan dalam selaput yang menutup anak dalam rahim. Tapi tiada further explanation untuk maksud “lapan pasang haiwan”… Mohon penjelasan ustaz ya.

    Terima kasih = )

    Dalam terjemahan Al Quran, maksud penuh ayat di atas adalah seperti berikut:

    “Dia menciptakan kamu daripada diri yang satu (Adam) kemudian daripadanya Dia jadikan pasangannya dan Dia menurunkan lapan pasang haiwan ternakan untukmu. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dengan tiga kegepalan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia, maka mengapa kamu dapat dipalingkan?”

    Soalan Kedua:

    Bolehkah ustaz/ sesiapa suggestkan buku tafsir al Quran yang terbaik untuk dibaca untuk orang awam mcm saya? Saya pada terbaca Tafsir dan Huraian Surah Yasin terbitan Pusat Pungutan Zakat. Saya suka cara huraian macam dalam buku ni sebab dia bukan hanya tafsir tapi sekali dengan huraian. Bila kita baca macam baca “story books”. Tapi Pusat Zakat tak keluarkan Tafsir dan Huraian ini untuk semua surah. Hanya sesetengah surah saja…

    Syukran = )

    #3318
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Boleh cuba baca tafsir Sonharji Abrul Athir di Pustaka Salam.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • February 9, 2014
  • Aina