Silibus AR

Home Forum Arabic Reader Silibus AR

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by Basooir Basooir 3 years, 11 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #2570
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Arabic Reader oleh Chaim Rabin (Peringkat Pertengahan)

    1. Buku ini mengandungi petikan-petikan karangan pendek dengan pelbagai tajuk yang disedut daripada buku-buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh ternama persuratan Arab moden abad ke 19 dan 20 seumpama Taufiq Hakim, Zaki Mubarak, Abbas Mahmud Aqqad, Taha Husein, Mahmud Taimur, Ibrahim Abdul Qadir Mazini, Amin Raihani, Jibran Khalil Jibran, Muhammad Husein Haikal, Mikhail Nuaima, Mustafa Lutfi Manfaluti, Amin Said, Muhammad Sabri, Ahmad Zaki Abu Shadi, Mariette Butrus Ghali, Ahmad Hasan Zayyat dan Salama Musa.  Di samping itu, buku juga menyelitkan tidak kurang daripada 59 peribahasa Arab dengan pelbagai makna dan maksud.
    2.  Buku ini dibentangkan tanpa baris. Ia membekalkan perbendaharaan kata bagi setiap tajuk karangan pada setiap mukasurat. Di samping itu, penerangan ringkas tentang tatabahasa bagi setiap teks juga diberikan. Kesemua ini menjadikan buku ini amat menarik dan mudah untuk dipelajari.
    3.  Objektif pengajaran buku ini ialah untuk mendedahkan pelajar kepada tulisan-tulisan penulis terkenal dalam berbagai-bagai bentuk gaya bahasa adabi moden samada dalam bentuk paparan bahasa ilmiah, dialog, cerpen, biografi dan sebagainya.
     

    Metode Pengajian

    Pengajaran Basooir berkenaan buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut.

    1. Pemasukan baris.
    2. Huraian perbendaharaan kata yang telah sedia ada.
    3. Huraian tatabahasa yang telah sedia ada.
    4. Terjemahan
     

    Format Modul

    Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:

    1. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
    2. PDF teks disediakan
     

    Jadual Berkala

    Pelajaran baru Modul Bahasa Arab akan dimuatnaik pada hari Jumaat setiap minggu. Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

     

    Peserta Sasaran

    Modul Arabic Reader disediakan  untuk pelbagai  latarbelakang  pelajar, samada :

    1. Mereka yang sudah mempunyai asas tetapi tidak lengkap
    2. Mereka yang mampu berbahasa Arab tetapi lemah dalam beberapa aspek nahu dan saraf
    3. Bagi mereka yang belum mempunyai asas bahasa Arab, Modul Arabic Reader diharapkan dapat juga membantu mereka membiasakan diri dengan kalimah-kalimah moden melalui perbendaharaan kata yang dibekalkan dalam teks asal.
     

    Bacaan

    Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Tatabahasa  Arab Basooir kerana kursus yang disediakan adalah lanjutan kepada pengajian utama iaitu Tatabahasa Arab. (Akan Datang!)

     

    #2733
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Perbincangan mengenai video “Di Hadapan Kaunter Jualan Tiket” dipindahkan ke sini

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • October 31, 2013
  • Basooir