Silibus BA

Home Forum Bahasa Arab Silibus BA

This topic contains 5 replies, has 6 voices, and was last updated by  qurannis 2 years, 7 months ago.

Viewing 6 posts - 1 through 6 (of 6 total)
  • Author
    Posts
  • #2558
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Latar Belakang dan Objektif

    1. Kursus Bahasa Arab Basooir mempunyai objektif yang besar. Ia adalah satu wadah yang disediakan untuk memampukan pelajar menguasai bahasa Arab dalam tiga skill utama iaitu membaca, menulis dan bercakap.
    2. Lebih daripada itu ia mempunyai matlamat yang lebih besar iaitu agar pelajar-pelajarnya mampu mengikuti pengajian turath Islam seperti Tafsir, Hadith, Fekah, Sirah, Sastera Arab, Syair dan sebagainya. Oleh itu sukatan yang diatur akan mengikuti tiga peringkat pengajian iaitu Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan.
     

    Peringkat Permulaan

    1. Memperkenalkan kepada pelajar yang baru mempelajari bahasa arab tiga perkara asas yang merupakan tunjang dalam pembentukan ayat bahasa arab iaitu jenis-jenis kalimah, frasa dan ayat.
    2. Memperkenalkan kepada pelajar kaedah-kaedah asas bahasa Arab melalui tajuk yang disusun secara berperingkat.
    3. Memperkayakan pelajar dengan bendaharaan kata bahasa Arab moden dan klasik melalui contoh-contoh ayat yang disusun secara rapi.
    4. Memantapkan pelajar kepada struktur jumlah Ismiyyah dengan mempraktikan kaedah-kaedah irab kalimah dan frasa di dalamnya.
    5. Memperkenalkan pelajar kepada kata kerja asas iaitu madhi dan mudhari` dengan hukum irabnya, nasab dan jazam.
     

    Format Modul

    1. Strim video kuliah berdefinisi tinggi (HD) – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
    2. Nota-nota ringkas dalam bentuk pdf
    3. Latihan dalam bentuk pdf. Jawapan disediakan
     

    Jadual Berkala

    Pelajaran baru Modul Bahasa Arab, akan dimuatnaik pada hari Selasa setiap minggu.Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

     

    Peserta Sasaran

    Bahasa Arab Basooir disusun khas untuk semua peringkat latarbelakang Bahasa Arab pelajar sama ada :

    1. Mereka yang belum lagi mempelajari bahasa Arab.
    2. Mereka yang sudah mempunyai asas tetapi tidak lengkap.
    3. Mereka yang mampu berbahasa Arab tetapi lemah dalam beberapa aspek nahu dan saraf.
     

    Bacaan

    Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Bahasa Tatabahasa  Arab Basooir kerana kursus yang disediakan diolah berdasarkan buku tersebut. (Akan Datang!)

    #2670
    Aina
    Aina
    Participant

    salam tuan…adakah buku “Bahasa Tatabahasa Arab Basooir”boleh didapati di kedai2 buku sekitar atau hanya boleh dapatkannya secara online akan datang?

    #2671
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Wslam wbt.

    iA kami akan usahakan untuk buku tersebut dijual secara online di website ini.

    #3044

    abumuadz
    Participant

    Assalamualaikum,
    Adakah buku tersebut sudah tersedia untuk dijual?

    #3056
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Belum lagi. Masih dalam editing. Doakan

    #4846

    qurannis
    Participant

    Salam , saya masih musykil mengenai sistem yg disampaikan oleh pihak basooir.Saya teringin nak belajar bahasa arab dan memperbetulkan tajwid dan sebutan kalimat.Pertanyaan saya apa yg pihak Basooir sediakan utk org yg ingin belajar dari basic terutama sekali saya yg sibuk dgn kerja jadi tak ada masa utk belajar dgn keadaan sudah berkahwin masa kadang2 tak cukup , jadi adakah pihak tuan sediakan pengajian melalui online atau video sahaja yg diupload?

Viewing 6 posts - 1 through 6 (of 6 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • October 31, 2013
  • Basooir