Silibus QN

Home Forum Qisasun Nabiyin Silibus QN

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Basooir Basooir 3 years, 9 months ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #2562
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Jilid 1, 2, 3 dan 4.(Peringkat Permulaan)

    1. Buku Qisasun Nabiyyin mengandungi 5 jilid. Jilid pertama hingga keempat mempunyai baris. Manakala jilid  kelima tidak berbaris. Kecuali jilid kelima, buku ini hanya mengemukan tentang sirah para anbiya yang disusun dalam gaya bahasa yang amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang yang baru mempelajari bahasa Arab.
    2. Jilid pertama mengandungi kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Yusuf a.s. Jilid kedua tentang Nabi Nuh, Hud dan Soleh a.s. Manakala jilid ketiga berkenaan dengan Nabi Musa as. Jilid keempat menyentuh tentang Nabi Syuaib, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ayyub, Nabi Yunus, Nabi Zakariya dan Nabi Isa as.
    3. Buku ini amat penting dipelajari kerana ia disusun begitu cermat oleh pengarang, mempertimbangkan peningkatan mufradat, uslub dan gaya bahasa yang sentiasa diulang-ulang.
    4. Objektif buku ini ialah untuk mengayakan mufradat atau perbendaharaan kata pelajar, mendedahkan kepada mereka cara penggunaan kalimah yang betul dan uslub penulisan bahasa Arab yang menarik.
    5. Metode pengajaran Basooir buku ini akan menekankan aspek irab dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah tatabahasa yang telah dipelajari dalam pengajian tatabahasa Arab sebelum ini.

     

    Qisasun Nabiyyin Jilid 5 (Peringkat Pertengahan)

    1. Buku Qisasun Nabiyyin jilid 5 tidak memiliki baris. Makna bagi perbendaharaan kata yang sukar juga diberikan walaupun tidak banyak.
    2. Keseluruhan buku ini hanya mengisahkan sirah Rasulullah saw. Ia boleh dianggap sebagai ringkasan sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw.
    3. Buku ini telah dicetak dalam pelbagai versi seperti versi India, Pakistan dan Arab. Ia merupakan jilid yang paling tebal dalam siri-siri buku Qisasun Nabiyyin. Malah ia juga telah dicetak dalam bentuk yang berasingan daripada buku Qisasun Nabiyyin yang asal.
    4. Cerita-cerita yang terdapat di dalamnya merupakan ringkasan daripada kitab sirah nabawiyah yang masyhur  iaitu kitab Sirah Ibnu Hisyam di samping kitab-kitab muktabar yang lain.
    5. Bahasa yang digunakan agak sederhana walaupun di sesetengah tepat agar sukar. Uslub yang digunakan amat berbeza dengan buku-buku Qisasun Nabiyyin yang terdahulu yang menitip beratkan pengulangan kalimah dan juga ayat, lafaz yang mudah dan jalan penceritaan yang santai.
    6. Sebaliknya, uslub yang digunakan dalam jilid yang kelima ini mempertimbangkan zauq adabi dan kesederhanaan sesuai dengan tahap pelajar-pelajar bahasa Arab yang sudahpun melalui marhalah penyampaian yang serba mudah.
    7. Objektif pengajaran Basooir berkenaan buku ini ialah menanamkan kepada pelajar sifat zauq adabi melalui ungkapan yang diutarakan oleh generasi terdahulu yang fasih berbahasa Arab iaitu generasi ketika Al-Quran diturunkan.
     

    Metode Pengajaran

    1. Pengajian Basooir dengan buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut.
    2. Pemasukan baris.
    3. Huraian perbendaharaan kata yang sukar.
    4. Huraian tatabahasa secara rawak.
    5. Terjemahan

     

    Format Modul

    1. Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:
    2. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
    3. Teks qisasun nabiyyin dalam bentuk pdf berserta terjemahan dan perbendahraan kata
    4. Fokus utama pengajaran ialah peleraian sintaksis ayat (tarkib atau irab) satu persatu.
     

    Jadual Berkala

    Pelajaran baru Modul Qisasun Nabiyyin akan dimuatnaik pada hari Rabu setiap minggu. Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

     

    Peserta Sasaran

    Modul Qisasun Nabiyyin dikemukakan untuk pelbagai latarbelakang pelajar, samada,

    1. Mereka yang sudah mempunyai asas tetapi tidak lengkap
    2. Mereka yang mampu berbahasa Arab tetapi lemah dalam beberapa aspek nahu dan saraf
    3. Bagi yang belum mempunyai asas bahasa Arab, Modul Qisasun Nabiyyin boleh digunakan bersama dengan modul utama iaitu Modul Tatabahasa Arab untuk membiasakan diri dengan ayat-ayat mudah bahasa Arab.
     

    Bacaan

    Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Tatabahasa  Arab Basooir kerana Modul Qisasun Nabiyyin disediakan sebagai aplikasi kepada kaedah-kaedah yang terdapat dalam buku tersebut.

     

Viewing 1 post (of 1 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • October 31, 2013
  • Basooir