Silibus QR

Home Forum Qiraat Al-Rashidah Silibus QR

This topic contains 0 replies, has 1 voice, and was last updated by Basooir Basooir 4 years, 1 month ago.

Viewing 1 post (of 1 total)
  • Author
    Posts
  • #2566
    Basooir
    Basooir
    Keymaster

    Jilid 1 dan 2 (Peringkat permulaan)

    1. Buku Qiraat Raashidah mengandungi tiga jilid. Jilid pertama dan kedua mempunyai baris. Manakala jilid  ketiga tidak berbaris. Oleh itu jilid pertama dan kedua diletakkan di peringkat permulaan.
    2. Buku bacaan ini menyerupai uslub yang digunakan oleh sebuah buku bacaan Mesir yang berjudul Qiraat Rashiidah. Malah ia disusun untuk menggantikannya kerana cerita-cerita di dalamnya tidak mementingkan pendidikan akhlak.
    3. Buku ini tidak mempunyai tajuk yang khusus. Ia membentangkan kepada pembaca pelbagai tajuk yang beraneka warna, yang menyentuh pelbagai sudut pengalaman yang mewarnai kehidupan manusia seperti aktiviti harian, perkelahan, perbualan, syair, sejarah, nasihat, kenderaan, binatang dan sebagainya.
    4. Buku pertama mengandungi 31 tajuk. Sementara buku kedua sebanyak 42 tajuk.
    5. Objektif buku ini ialah mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian mufradat atau perbendaharaan kata dan juga kepelbagaian uslub mudah ayat bahasa Arab moden.
    6. Metode pengajaran Basooir buku ini lebih kepada terjemahan secara lafzi dengan mengenengahkan makna-makna perkataan yang penting tanpa huraian dari sudut tatabahasa.
     

    Jilid 3 (Peringkat Pertengahan)

    Buku Qiraat Raashidah jilid 3 tidak mengandungi baris. Uslub dan gaya bahasa yang digunakan dalam buku ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan jilid satu dan dua. Terdapat 35 tajuk dikemukan dan ia boleh dibahagikan mengikut kategori berikut:

    1. Nasihat dan akhlak
    2. Tokoh-Tokoh Islam
    3. Sejarah Islam
    4. Institusi-Institusi Ternama Pengajian Islam
    5. Syair
    6. Perbualan
     

    Metode Pengajian

    Pengajaran Basooir berkenaan buku ini akan menyentuh aspek-aspek berikut:

    1. Pemasukan baris.
    2. Terjemahan
    3. Huraian Tatabahasa secara sepintas lalu.

     

    Format Modul

    Kursus ini akan disampaikan melalui format-format  berikut:

    1. Siri video kuliah – tidak melebihi 30 minit setiap satu video
    2. Huraian berpandukan teks pdf yang dibekalkan
    3. Fokus pengajian ialah kepada penterjemahan dan perbendaharaan kata
    4. Huraian sintaksis atau nahu tidak diutamakan

     

    Jadual Berkala

    Pelajaran baru Qiraat Rashidah akan dimuatnaik pada hari Khamis setiap minggu. Pelajar bebas untuk menyusun masa ulangkaji sendiri.

     

    Peserta Sasaran

    Modul Qiraat Rashidah dikemukakan untuk pelbagai latarbelakang pelajar, samada :

    1. Mereka yang sudah mempunyai asas bahasa Arab tetapi tidak lengkap
    2. Mereka yang ingin memperkayakan bacaan teks Arab yang ditulis oleh ulama terkenal dalam dunia penulisan bercorak Islami seperti Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi.
    3. Bagi mereka yang belum mempunyai asas bahasa Arab, modul Qiraat Al-Rashidah diharapkan dapat mendedahkan mereka kepada ayat-ayat mudah bahasa Arab dengan membiasakan diri mendengarnya berkali-kali. Mereka boleh menggunakan modul ini sambil menumpukkan kepada modul asal iaitu Tatabahasa Arab.
     

    Bacaan

    Pelajar dinasihatkan agar memiliki buku Tatabahasa  Arab Basooir kerana ia insyaalah dapat membantu pelajar mengusai memahami makna teks yang diberikan. (Akan Datang!)

Viewing 1 post (of 1 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • October 31, 2013
  • Basooir