Tidak Semua Kalimah Jadi Amil

Home Forum Bahasa Arab Tidak Semua Kalimah Jadi Amil

This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  iwani 3 months ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts
  • #3092
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Ustaz, kenapa kalimah ذهب، كان، ان takde pulak amil? ke sebab kalimah itu tetap(mabni) jadi tak perlu amil. Nampak macam kalimah mabni yang akan menentukan baris kalimah mu’rab selepasnya.
    (soalan drp Jimer)

    Jawapan:

      Kena faham elok-elok konsep amil. Bukan semua kalimah kena ada amil. Amil maknanya yang bekerja. Dalam hidup kitapun kerja ada banyak jenis. Yang bekerjapun banyak jenis. Masing-masing dalam skop atau bidang masing-masing. Amil dalam nahu skopnya pun terhad kepada ayat sahaja. Bila dikatakan ayat? Iaitu bila apa yang dicakapkan itu kita faham dan teratur. Macam mana nak tahu teratur? Bila kita tahu posisi kalimah yang sepatutnya dalam ayat. Dengan kata lain kita tahu yang ini subjek, yang ini prediket, yang ini adverb, yang ini kata keterangan, yang ini verb, yang ini pelakunya , yang ini objeknya.

      Skop kerja dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita sebut dalam nota yakni tiga bidang kerja sahaja:

      Pertama: فاعلية Kedua: مفعولية Ketiga إضافة

      Ketiga-tiga itu mudah dikenal kerana ia ditunjukki oleh baris yang berubah-ubah. Cuba kita lihat ayat ini ذهب علي Ali telah pergi. Kita bukan bincang apa amil ذهب dan apa pula amil علي. Kita bincang dalam skop nahu sahaja iaitu 3 perkara di atas. Dua kalimah dlm ayat itu masuk group pertama ke, kedua ke atau ketiga?. Tak mungkin ذهب masuk ke dalam ketiga-tiga group itu. Cuma ذهب tolong mengertikan kita bahawa علي itu masuk group pertama, kerana tanpanya Ali tak mungkin jadi فاعل. Jadi seolah-olah ذهب telah melakukan satu kerja memahamkan kita bahawa علي itu فاعل. Oleh itu ذهب dikatakan amil. Mabni bukan ada kena mengena dengan istilah amil.

      Cuba kita lihat ayat ini عَرَفْتُ أَنَّ عَلِيًّا طَبِيبٌ Saya mengetahui bahawa Ali doktor. Kenapa Ali dibariskan dengan baris fathah. Kerana ia termasuk group yang kedua iaitu مفعولية. Maknanya Ali ada mafhum objek dalam ayat itu. Kita tahu bahawa hanya verb yang boleh menjadikan isim itu jadi objek. Jadi seolah-olah أَنَّ telah berfungsi seperti verb. Oleh itu أَنَّ adalah amil kerana makna أَنَّ jika ditukar kepada verb menjadi أؤكد uakkidu, Saya menyakinkan

    #5002

    iwani
    Keymaster

    Baru baca jawapan ustaz untuk soalan ini. MasyaAllah sangat, sangat comprehensive. Saya suka cara ustaz berjaya menangkap kekeliruan pelajar, tersasar dari GPS dan ustaz betulkan balik.

    Jazakallahu khairan kasiran ustaz

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • January 10, 2014
  • Zaharudin Nawi