TIP MEMPELAJARI BAHASA ARAB KOMPREHSIF

Home Forum Bahasa Arab TIP MEMPELAJARI BAHASA ARAB KOMPREHSIF

This topic contains 2 replies, has 2 voices, and was last updated by Zaharudin Nawi Zaharudin Nawi 3 years, 3 months ago.

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)
  • Author
    Posts
  • #3627
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Banyak method digunakan untuk mempelajari bahasa Arab. Antara method yang komprehensif dan cepat ialah:
    1-Membaca nota tatabahasa Arab secara sepintas lalu dengan menumpukan untuk mengkhatamkan nota tersebut secepat mungkin.
    2-Melakukan ulangkaji pembacaan pelajaran-pelajaran yang sudah lama ditinggalkan bersama dengan pelajaran baru.
    3-Tidak membuat latihan sebaliknya membaca soalan dan cuba memahami jawaban. Ini untuk mengelakkan daripada banyak masa digunakan untuk menjawab soalan di kala banyak kelemahan yang masih belum di atasi dan banyak maklumat tentang tatabahasa belum diketahui.
    4-Membuat pengulangan semula bacaan nota tatabahasa untuk kali kedua setelah tamat membacanya untuk kali pertama.
    5-Cuba membuat latihan jika penguasaan mulai bertambah.
    6- Membaca teks mudah seperti Qisasun Nabiyyin dengan cuba mempraktikan tatabahasa yang telah dipelajari. Video basooir dapat membantu.

    #3667

    iwani
    Keymaster

    Jazakallahu khairan kasiran ustaz untuk tips yang sangat sangat berguna ini. Ana sedang buat no (1) dengan kadar speedy gonzalez!! Dan ana gunakan medium bertanya pada akhawat Basooir & tonton video BA Basooir utk guide tambahan

    No (3) was my mistake dulu yang ustaz telah tegur, alhamdulillah!

    Ana tak sabar nak khatam nota!!

    ps: btw ustaz, ana dah betulkan font Traditional Arabic. Harap dah appear kat komen + forum

    #3672
    Zaharudin Nawi
    Zaharudin Nawi
    Keymaster

    Terima Kasih kerana mengusahakan kemunculan font Traditional Arabic
     

Viewing 3 posts - 1 through 3 (of 3 total)

You must be logged in to reply to this topic.

  • April 29, 2014
  • Zaharudin Nawi